MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

ASPIRASI MUDA AG

0

ASPIRASI

Keinginan , harapan , wawasan untuk mencapai sesuatu dan juga hasrat untuk memiliki atau mendapatkan sesuatu...

ORANG MUDA AG

Berusaha dengan semangat setiakawan dan kerja berpasukan untuk memperjuangkan dengan kolobrasi peranan persatuan NGO muda seperti belia dan pemuda UMNO supaya peranan dan hak orang muda diberi tempat dan didengari oleh peringkat atasan

TRANSFORMASI PENERAJU GENERASI

Perubahan atau pertukaran selepas melalui evolusi pengembangan dan percambahan minda dengan menggunakan sistem atau wadah pemudahcara untuk menjadi asas atau panduan dalam memenangi anak muda supaya menepati kehendak dan matlamat Wawasan 2020.
Ketetapan hasil dari perubahan ini akan digunapakai untuk membawa generasi seterusnya iaitu golongan orang muda samada generasi X atau Y ke destinasi yang sebenar iaitu mengikut halatuju dan dasar negara yang dinakhodakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Segala unsur teras pembangunan kendiri orang muda akan diutamakan seperti ilmu , akhlak , displin dan kasih sayang.

HALATUJU ASPIRASI MUDA AG

1. MEMPERKUKUHKAN PARTI UMNO
- Sasaran : Daftar Ahli UMNO dan Daftar Pengundi Baru

2. PEMBANGUNAN MODAL INSAN
- Melalui program keagamaan dan pendidikan

3. PROGRAM PEMANTAPAN UKHUWAH DAN SILATURRAHIM
- Melalui program kesukanan dan rekreasi

4. PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI
- Melalui program peluang kerjaya atau projek perniagaan dan Kemahiran menjana pendapatan

5. MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN PEMUDA UMNO dan KEBAJIKAN PEMUDA AG
- Memperkemaskan pentadbiran juga jentera parti dan mengutamakan hal ehwal kebajikan ahli pemuda AG

Segala gerakkerja akan tertumpu kepada 5 asas yang telah ditetapkan menjadi Asas tertubuhnya Aspirasi Muda Alor Gajah. Ini adalah merupakan elemen bekerja dan mengurangkan politik kedai kopi tetapi sebaliknya sebarang perkara yang dibincangkan secara rasmi atau tidak harus dicatit dan diberi perhatian yang serius.

Kerana pemuda pada hari ini bukan berada dalam zon yang selesa dan tidak boleh menggambarkan projek atau aktiviti yang besar sebaliknya harus berusaha ke arah pembangunan modal insan itu sendiri supaya kita menjadi peneraju generasi yang mempunyai jatidiri bangsa dan berkahlak mulia.

Kita bergerak dalam kluster yang kecil supaya mudah untuk mendekati masyarakat dan sentiasa berhubung dan berbincang supaya isu yang kecil tidak diperbesarkan sehingga meragut keharmonian parti UMNO

WE DO , WE DID , LET'S DO IT

RUJUKAN : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aspirasi

aspirasikeinginan yg kuat (utk mencapai, meng­adakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg di­tegas­kan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: ter­dapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
aspirasikeinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu: ~ rakyat pd masa itu adalah utk mencapai kemerdekaan. beraspirasi mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu; mencita-citakan: Penduduk di situ ~ suatu kehidupan yg aman tenteram.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beraspirasimempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

RUJUKAN : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=TRANSFORMASI

transformasiperubahan rupa, bentuk, sifat dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
transformasiperubahan rupa, bentuk, sifat dll.Kamus Pelajar
transformasiperubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; mentransformasikan melakukan (mening­galkan dsb) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

MAKSUD ASPIRASI YANG DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB BERKAITAN BARISAN ASPIRASI MUDA AG YANG TELAH DIKAITAN DENGAN MAKSUD DALAM BIDANG PERUBATAN


acid aspiration syndromesindrom aspirasi asidPerubatanTiadaSindrom yang dialami pesakit apabila tersedut asid gaster yang masuk ke dalam saluran pernafasan. Sindrom ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi respiratori. Sinonim sindrom Mendelson.
acute respiratory distress syndrome (ARDS)sindrom sukar bernafas akut (ARDS)PerubatanTiadaSindrom penyakit paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba atau mendadak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. Sindrom ini boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit seperti radang paru-paru, pneumonitis aspirasi, kontusi paru-paru, pankreatitis, embolisme lemak, pintasan kardiopulmonari, kecederaan teruk, renjatan hipovolemia, renjatan septisemia, transfusi darah masif dan inhalasi asap toksik.

0 comments: