SYIAH ANCAMAN TERBARU NEGARA DAN ISLAM DI NEGARA KITA
0
KUALA LUMPUR 29 Julai - Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk membina sebuah kompleks serba canggih di wilayah Satun, Thailand sebagai pusat gerakan bagi menyuburkan fahaman itu.
Utusan Malaysia difahamkan kompleks itu pada awalnya dirancang dibina di Gombak, Selangor yang dijangka siap pada September tahun lalu tetapi dibatalkan berikutan permohonan pembinaan ditolak selepas campur tangan pihak berkuasa agama dan keselamatan.
Satun yang bersempadan dengan Perlis dipilih bukan sahaja disebabkan lokasinya berdekatan dengan Malaysia, tetapi pengikut fahaman Syiah di situ semakin berkembang selain tiada halangan untuk menyuburkan fahaman tersebut daripada kerajaan Thailand.
Pusat pendidikan khusus untuk pengikut Syiah di Thailand pernah cuba dibina pada 2010 tetapi pembinaannya dihentikan ekoran dana yang tidak mencukupi.
Difahamkan, dana pembinaan ketika itu hanyalah menerusi sumbangan ahli-ahli Syiah. Walau bagaimanapun dengan dana baharu hasil sumbangan Syiah Malaysia itu, kompleks pendidikan tersebut dijangka akan menjadi realiti.
Pembinaan kompleks pendidikan itu juga difahamkan telah diputuskan hasil pertemuan sulit antara aktivis Syiah Malaysia dengan ahli jawatankuasa sebuah masjid di wilayah berkenaan.
Utusan Malaysia malah difahamkan, aktivis Syiah dari Malaysia bersetuju sepenuhnya untuk membiayai pembinaan pusat pendidikan khusus di Satun.
Dengan adanya pusat ini, pengikut Syiah tidak lagi perlu menghantar anak-anak mereka ke wilayah Qom di Iran, yang juga dikenali sebagai pusat penyebaran ajaran Syiah yang menjadi pilihan utama pemimpin Syiah negara ini menuntut ilmu.
Utusan Malaysia juga difahamkan tujuan utama pembinaan pusat pendidikan khusus di Satun ini adalah salah satu strategi pengikut Syiah negara ini untuk memperkembangkan fahaman itu di Malaysia.
Sebahagian besar dana RM24 juta itu dipercayai hasil sumbangan kerajaan Iran. Mengikut rancangan awal, kompleks pendidikan Syiah di Gombak akan dilengkapi dengan dewan seminar, perpustakaan, kelas pembelajaran, pusat kebudayaan, asrama, ruang perniagaan, pusat rekreasi, klinik, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak.
Siasatan menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pula mendapati, tapak kompleks itu berstatus pertanian dimiliki oleh 13 individu yang dipercayai bukan daripada kalangan aktivis Syiah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130730/dn_02/Syiah-Malaysia-sumbang-RM24j#ixzz2aUABeC3e
© Utusan Melayu (M)
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Berita ini sudah cukup mengejutkan kita kerana berpaksinya mazhab syiah dinegara kita apatah lagi keharmonian negara kita dan kemakmuran dinegara kita telah digunakan untuk menyuburkan fahaman syiah seolah olah menjadi hub penyebaran di asia tenggara.
fahaman syiah ini begitu ekstrimis untuk menyebarkan dan mempertahankan kepercayaan mereka sehingga sanggup bermusuhan sesama Islam. kenapa mereka harus beriya iya sangat untuk menjadikan negara kita yang sememangnya aman damai dengan ajaran Islam yang dikatakan golonggan Ahli Sunnah Wal Jamaah..mereka tidak seharusnya cuba untuk menyebarkan ajaran syiah di malaysia kerana telah terbukti perpecahan akan berlaku seperti di timur tengah..
kita seharusnya mendoakan agar negara kita dalam sentiasa aman dan damai dan menolak segala fahaman yg boleh meruntuhkan institusi sosial dan keagamaan di negara kita kerana oraang orang kafir laknatullah sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan dan menjadikan kita hamba di tanahair sendiri..