MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PM ucap terima kasih kepada pengundi Sabah

0


KUALA LUMPUR 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sabah kerana telah memberi sumbangan besar terhadap pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Perdana Menteri berkata, semasa berada di Kota Kinabalu semalam, beliau telah memberitahu terdapat tiga teras utama kerajaan Persekutuan, dalam usaha membangun dan memakmurkan Sabah untuk lima tahun akan datang iaitu keselamatan, pembangunan dan kebajikan.
"Aspek keselamatan, kedaulatan dan keamanan seluruh negeri Sabah juga akan diberi perhatian lebih mendalam agar peristiwa seperti pencerobohan Lahad Datu tidak berulang lagi.
"Di kesempatan ini juga saya merakamkan rasa terima kasih kepada pengundi-pengundi Sabah yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembentukan kerajaan BN di peringkat Persekutuan pada PRU-13 baru-baru ini," katanya menerusi akaun Facebook milik beliau hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Sabah telah menang besar dengan memperoleh 22 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi keseluruhan di negeri itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130729/po_02/PM-ucap-terima-kasih-kepada-pengundi-Sabah#ixzz2aOL701Zh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Saya selaku pemuda UMNO di semenanjung juga mengucapkan terimakasih dan syabas kepada pengundi Sabah yang terus setia dengan BN dan masrilah kita bersama berganding bahu untuk memastikan bahawa BN terus memenangi Pilihanraya yang seterusnya dan mendapat majoriti mudah dan 2/3.
Tahniah Sabah!!

0 comments: