TAHNIAH BN MEMENANGI PRK KUALA BESUT!!
0
Dengan kemenangan itu BN mengukuhkan kembali kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 sebagaimana yang dimenangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, sekali gus menafikan hasrat PAS untuk mencipta sejarah kedudukan 16-16 kerusi DUN di negeri itu. Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Kuala Besut, A Rahim Jusoh ketika mengumumkan keputusan rasmi itu berkata, daripada 14,108 atau 80 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 8,288 undi diberikan kepada BN dan 5,696 undi kepada PAS manakala undi rosak 125 undi.
Katanya, untuk PRK kali ini 13,188 adalah pengundi biasa, 911 (pengundi awal) manakala sembilan orang lagi adalah pengundi pos.
Kemenangan BN itu sekali lagi mengulangi sejarah 34 tahun lalu apabila BN menewaskan PAS pada PRK yang turut berlangsung pada bulan Ramadan itu. - BERNAMA