FILEM THE NEW VILLAGE - PKM YANG DIAGUNGKAN ???
0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai filem The New Village yang dikatakan penuh kontroversi dan mencacatkan sejarah. Mereka seolah olah lupa tentang kezaliman yang dilakukan oleh komunis ketika negara darurat.Perjuangan komunis sebenarnya perjuangan yang keliru dan penentangan meraka dengan british bukannya untuk kemerdekaan sebaliknya mereka ingin menubuhkan negara komunis di negara ini.
Usaha penentangan secara kekerasan yang mereka lakukan sebenarnya memakan diri mereka sendiri apabila mereka sendiri membunuh penduduk kampung yang tidak berdosa dan menyerang balaipolis yang selama ini tidak pernah pun membunuh orang sendiri hanya kerana cita cita gila..
Jika benar filem ini hanya merosakkan sejarah dan diolah dari perspektif yang salah maka kerajaan harus menyekat penayangan filem ini dan perlu diharamkan.
Kami berterimakasih kepada YB KJ kerana lantang bersuara dalam hal sebegini kerana kita orang Melayu Islam perlukan pembelaan dan pemimpin yang berani untuk mempertahankan kedaulatan dan kesuciaan agama kita.
Tahniah!!!
Menteri: Jangan banding PKM dengan komunis China
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya membandingkan hubungan Malaysia dan China dengan sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kenyataannya berhubung filem kontroversi 'The New Village'.
Khairy berkata Lim itu juga tidak membincangkan kewajaran tayangan filem berkenaan tetapi menggambarkan sikap berat sebelah dalam isu melibatkan “sejarah negara, identiti dan sentimen”.
Atas dasar itulah Lim mendakwa Pemuda Umno dan Utusan Malaysia merupakan hipokrit kerana tidak mempersoalkan hubungan Malaysia dengan negara komunis tersebut, kata menteri belia dan sukan itu.
Sedangkan, hubungan yang terjalin dengan negara seperti China, Cuba dan Vietnam itu merupakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang diiktiraf, kata Khairy.
Mengulas mengenai hubungan yang dijalin oleh Pemuda BN dengan CYL pula, Khairy berkata Parti Komunis China telahpun berubah.
Parti itu kini berjaya membentuk China menjadi kuasa besar dunia, katanya.
PKM pula yang didakwa diagungkan secara tersirat dalam 'The New Village', merupakan pasukan yang pernah bertindak ganas dan membunuh ribuan rakyat negara ini, kata Khairy.
“Ramai mati dalam keadaan mengerikan dengan perut terburai dan kepala dipenggal," katanya.
"Hakikat bahawa (China) itu komunis – yang lebih pada nama dan bukannya pada sifat – tidak membawa maksud yang sama dengan komunisme yang diingati rakyat Malaysia; komunisme yang diagungkan filem itu," kata Khairy lagi.
Dalam kenyataannya itu, Khairy berkata, Parti Komunis Cina berubah sejak zaman Perang Dingin sehingga zaman globalisasi dan melonjakkan China menjadi kuasa besar global.
Sedangkan PKM katanya, tidak pernah mengalami perubahan yang sama – apatah lagi membentuk kerajaan atau bertanggungjawab mengemudi ekonomi negara.
"Pemahaman asas begini PUN tidak mampu dicerna oleh Lim Guan Eng. Beliau lebih senang melihat kita memutuskan hubungan dengan China daripada memikirkan jika terdapat isu lebih serius berkenaan filem ini," kata Khairy.
"Tanpa menonton filem itu sekalipun, berdasarkan sedutannya tidak sukar untuk kita pastikan yang pemberontak komunis cuba digambarkan sebagai wira nasional," katanya lagi.
Lim dalam kenyataannya hari ini antara lainnya berkata hubungan antara Pemuda BN dengan CYL itu berbeza kerana ia merupakan hubungan terus antara parti politik dengan parti politik.
"Begitu pun tidak ada tindakan diambil apabil Khairy secara sedar dan niat yang jelas mewujudkan hubungan langsung dengan CYL melalui sebuah sekretariat,” katanya.
Lim juga berkata, kedua—duanya juga tidak pernah mengkritik bekas ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor kerana menandatangani perjanjian damai bagi pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989.
Lim berkata demikian dengan merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Adam bahawa filem 'The New Village' itu secara tersirat mengagungkan Parti Komunis Malaya.
Lokman juga mendakwa filem tersebut menggambarkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang berkhidmat dengan British sebagai “musuh dan orang jahat yang perlu dihapuskan," katanya.