MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SELAMAT BERPUASA SAHABAT SEMUA

0


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ


AL BAQARAH:183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada tahun ini kita masih lagi menghirup udara segara dan penuh berkat di bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini..Sesungguhnya nikmat nyawa yang Allah berikan kepada kita ini hendaklah kita semua syukuri dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan.

Dalam bulan Ramadhan ini kita dituntut dan diwajibkan seperti yang termaktub didalam rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Kita seharusnya melalui setiap saat dibulan penuh berkah ini dengan rasa syukur dan cintakan Allah sepenuhnya..Sentiasa berzikir, berlapang dada dan sentiasa tidak putus memuji kebesaran Allah SWT.

Laluilah bulan ini dengan penuh rasa cinta dan dengan rasa penuh kasih sayang sesama insan. Semuga keberkatan Ramadhan ini memberi hidayah dan petunjuk kepada kita untuk terus sujud dgn isitqamah pada Allah Azza Wajalla.

Selamat Berpuasa dan selamat menjalani ibadah dengan ikhlas dan sempurna.

0 comments: