MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

HARAMKAN SAJA KALAU FILEM MENGAGUNGKAN KOMUNIS YANG HARAMJADAH

0

Filem sentuh sensitiviti rakyat

KUALA LUMPUR 28 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penayangan filem The New Village dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya menolak sebarang usaha mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero.
Ini kerana katanya, beliau telah menonton sedutan filem tersebut dan berdasarkan itu, filem tersebut sememangnya menyentuh sensitiviti seluruh rakyat Malaysia kerana seolah-olah mengangkat maruah pengganas komunis.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kebenaran untuk menyiarkan filem The New Village.
"Perkara ini serius kerana kita lihat apabila filem bercorak patriotisme, Tanda Putera yang menceritakan kehidupan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak terpaksa ditunda setelah menerima kritikan daripada banyak pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas filem The New Village yang bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 22 Ogos nanti iaitu dalam bulan kemerdekaan negara.
Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas sedutan filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.
Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.
Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, Pemuda UMNO turut meminta pihak berkuasa lebih tegas terhadap isu seumpama itu selepas ini agar keamanan dan kestabilan negara ini dapat dikekalkan daripada diganggu-gugat pihak tidak bertanggungjawab.
"Orang ramai yang prihatin perlu membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan dan Komunikasi melalui Twitter dan Facebook untuk meluahkan tidak puas hati mereka terhadap tayangan The New Village," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130729/dn_08/Filem-sentuh-sensitiviti-rakyat#ixzz2aOPtIEDj
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ASSALLAMMUALAIKUM dan salam perjuangan

Kita selaku penduduk di negara yang berbilang kaum dan aman damai ini sentiasa inginkan yang terbaik dan keamanan kepada tanahair kita..

sekiranya ada anasir yang cuba menggugat keamanan dan keselamatan negara wajiblah memberi tindakan yang tegas kepada mereka..

sekiranya filem ini hanya merosakkan keseimbangan kaum dan keselamatan negara maka eloklah diharamkan sebab banyak lagi cerita yang boleh kita buat dan tayangkan demi menjaga keamanan negara dan meningkatkan semangat patrotisme..

0 comments: