MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA YANG KORBAN LEMAS DI MELAKA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Ketika kita bergembira dan ceria menantikan hari raya tetapi ada keluarga di sekeliling kita yang berduka kerana kehilangan insan yang tersayang.Kejadian lemas yang berlaku di Sungai Melaka berhampiran Taman Seri Krubong harus dijadikkan iktibar dimana aspek keselamatan dan keprihatinan kepada aktiviti luar anak anak perlu diambil berat.

Kesedihan pasti tidak boleh dibendung lagi kerana itu sudah takdir dan ketentuan Nya yang Maha Pencipta.

Al Fatehah....



MELAKA 22 Julai - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng dekat sini, awal pagi ini ketika pengebumian jenazah empat kanak-kanak termasuk sepasang adik-beradik yang mati lemas ketika mencari kepah di Sungai Melaka berhampiran Taman Seri Krubong, di sini petang semalam.
Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan mangsa dan penduduk yang hadir jelas tidak dapat menahan kesedihan sewaktu jenazah keempat-empat mereka mula dikebumikan kira-kira pukul 1.30 malam tadi.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paya Rumput, Sazali Muhd. Din.
Terdahulu Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah turut menziarah keluarga mangsa di bilik mayat Hospital Melaka kira-kira pukul 12 tengah malam.
Mereka yang meninggal dunia ialah Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12.
Suasana sedih turut dirasai di bilik mayat hospital selepas kesemua jenazah selesai dimandi dan dikafan sebelum dibawa menaiki empat van jenazah menuju ke tanah perkuburan Islam Kampung Cheng.
Kesemua jenazah disembahyangkan di Surau Khatib Haji Md. Zin, Kampung Pantai Cheng pada pukul 1.15 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari surau itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_11/Pilu-selubungi-pengebumian-4-budak-lemas#ixzz2ZpF35WT9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: