SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2013
0
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi
Selamat Menyambut Hari Pahlawan Negara pada hari ini 31 Julai 2013.Kita sepatutnya malah sewajibnya bersyukur kerana keamanan dan kemakmuran yang Allah limpahkan di bumi bertuah ini yang bernama Malaysia. Alhamdulillah kita hidup penuh aman damai walaupun negara kita ini pelbagai bangsa etnik dan suku kaum yang masing masing mempunyai pelbagai adat budaya , resam dan agama. Namun Malaysia berjaya menjadi sebuah bahtera yang teguh lagi utuh yang dinakhodai oleh Parti Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO telah berjaya menuju kearah kemakmuran dan kedamaian.
Didalam melihat pencapaian yang membanggakan yang berstatus negara membangun disebalik kejayaan ini ada sekelompok insan yang telah ditugaskan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan untuk menjadi benteng negara dari serangan anasir anasir luar yang menjadi ancaman keselamatan negara kita. Badan berunifom yang menjaga keselamatan negara adalah satu kerjaya yang mulia dan harus dipandang tinggi oleh masyarakat samada di darat di laut diudara atau ditengah tengah bandar. Masing masing mempunyai peranan yang sama walaupun berlainan situasi iaitu menjaga dan mepertahankan keselamatan negara sehingga ketitisan darah terakhir.
Saya selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan ketenangan amat berterimakasih kepada ATM iaitu Angkatan Tentera Malaysia samada TLDM TUDM TDDM dan juga PDRM dan lain lain badan keselamatan negara yang telah menyerahkan jiwa dan raganya untuk mempertahankan negara. Bagi mereka yang telah gugur dimedan perang ketika mempertahankan kedaulatan negara kita doakan agar ruh mereka dicucuri rahmat dan sentiasa dalam rahmat Allah dan juga mereka mereka yang masih hidup yang telah melalui saat getir ketika mempertahankan negara kita doakan agar kesejahteraan dan kesihatan sentiasa bersama mereka dan juga bagi mereka yang sedang berkhidmat dan beretugas untuk membela dan menjaga pertiwi kita doakan agar mereka berolah kejayaan dan keselamatan..
Dan walaupun ada insan yang bukan berkhidmat dalam badan beruniform tapi bersemangat dan telah berbakti untuk pertahanan negara juga diwajar dianggap wira kerana setiap rakyat Malaysia yang bersama mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara juga adalah pahlawan negara dan benteng negara.
Semuga Allah Melindungi dan Merahmati Malaysia..Allahu Akbar
Selamat Hari Pahlawan..
Kaulah Perwiraku
Salam Aspirasi
SUHAIZAN HAJI NOH
titipan di dari pahlawan....31.07.2013
http://army.mod.gov.my
KUALA LUMPUR 31 Jul - Setiap negara mempunyai sejarah dalam membangun dan mempertahankan tamadun yang diwarisi dari generasi ke genarasi dengan menempuh pelbagai rintangan dan peristiwa. Pengorbanan dan perjuangan adalah satu-satunya cara untuk mempertahankan hak kewujudan sesebuah negara dan bangsa yang merdeka. Begitu juga dengan pembangunan dan permodenan negara, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.
Sebagai generasi yang tahu mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara, maka tanggal 31 Jul setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960 telah dijadikan Hari Pahlawan. Pelbagai acara telah diadakan bagi mengingati jasa-jasa pahlawan negara.
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan kali ini telah diadakan di Dataran Merdeka dan ini merupakan kali kedua diadakan di sini, pada kebiasaannya ianya disambut di Tugu Negara. Tarikh ini adalah sebagai tanda memperingati, menginsafi dan memperakui betapa dahsyatnya kesan peperangan kepada manusia dan khasnya kepada rakyat Malaysia.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berangkat mencemar duli menyaksikan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2011. Sambutan Istiadat Hari Pahlawan ini dimula dengan Seri Paduka Baginda membuat Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama oleh 1 RAMD. Seterusnya deklamasi sajak dan juga menyaksikan persembahan pentomin oleh 200 anggota polis mengenai sejarah pejuang-pejuang negara termasuk Peristiwa Bukit Kepong.
Hadir sama Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Hj Ismail Hj Omar dan Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan Polis.
Kronologi Lahad Datu di suhaizannoh.blogspot.com
2013/03/pelan-lokasi-pemberontak-sulu.html
2013/03/lahad-datu-sabah.html
/2013/03/komando-69-pewaris-darah-perwira.html
2013/03/majlis-bacaan-yaasin-dan-doa-utk.html